Thursday, May 19, 2011

MALAYSIA BERADA DI RANKING 143 FIFA BAGI BULAN MEI

BERDASARKAN senarai terkini dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) semalam, pasukan bola sepak kebangsaan naik satu anak tangga dalam ranking terbaru bulan Mei 2011. 

Walaupun pasukan kebangsaan tidak bermain sebarang perlawanan antarabangsa kelas A sepanjang bulan lalu, skuad Harimau Malaya masih mampu mendaki satu anak tangga berbanding 144 pada bulan April lalu. 

Untuk rekod, pencapaian tertinggi Malaysia dalam ranking Fifa adalah menduduki tempat ke-75 pada bulan Ogos 1993 dan kedudukan terendah berada di tempat ke-170 pada April 2008. 

Sementara itu, juara Piala Dunia 2010, Sepanyol mengekalkan status sebagai pasukan nombor satu dunia apabila mengumpul 1857 mata, diikuti Belanda (1702) dan ketiga, Brazil (1425). 

Berikut senarai terkini ranking Fifa bulan Mei 2011: 

1. Sepanyol 2. Belanda 3. Brazil 4. Jerman 5. Argentina 6. England 7. Uruguay 8. Portugal 9. Itali 10. Croatia 143. MALAYSIA - berita dari akhbar Sinar Harian.