ZAQUAN mahu lebur Kelantan di Kota Bharu - Semangat betul Zaquan. Itulah tajuk sebuah akhbar sukan tempatan menjelang pertemuan antara Kelantan dan Negeri Sembilan. Kandungan ceritanya tiada langsung Zaquan menyebut akan hasratnya mahu lebur Kelantan tetapi tajuknya benar-benar mencabar kewibaan pemain dan penyandang juara Piala Malaysia itu.
Kadang-kadang tajuk-tajuk begini mampu mencetus kemarahan penyokong-penyokong dan pemain skuad Kelantan. Ini juga bakal menyukarkan dan menyulitkan lagi keadaan buat skuad bimbingan Wan Jamak untuk beraksi dan penyokong-penyokong Negeri Sembilan apabila berkunjung ke Kota Bharu.
Sudah pasti dan lebih-lebih lagi tentunya pemain itu sendiri (Zaquan) yang akan menerima tempiasnya.
Janganlah hendak mensensasikan berita sehingga menyusahkan orang lain. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini siapa yang yang hendak dipersalahkan. Akhbar sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melaporkan berita dan kejadian itu sekiranya ianya tercetus.
Petikan - Klik disini Zaquan mahu `lebur' Kelantan di Kota Bharu