Monday, October 11, 2010

SELANGOR TERASA BAHANG KELANTAN SEMANGAT

Selangor dan Kelantan dilihat memiliki antara barisan penggempur terbaik sepanjang enam perlawanan yang dilalui dalam peringkat kumpulan sebelum ini. Dengan dua gol jaringan gol yang membezakan antara mereka dimana Selangor menghasilkan 16 gol purata 2.66 satu perlawanan sementara Kelantan 14 gol purata 2.33 gol bagi satu perlawanan. 

Bagi Selangor mereka memiliki Safie Salie dan Amirulhadi Zainal dengan Amri Yahya serta Shafiq Rahim bertindak selaku back-up. Manakala Kelantan dengan gandingan Norshahrul Idlan Talha dan Akmal Rizal dibarisan depan dengan Norfarhan dan Indra Putra Mahyuddin juga sebagai pembantu yang lebih kerap bertindak dibahagian sayap.

Dibarisan tengah pertembungan antara Shafiq Rahim dan Badhri Razi pasti menarik kerana kedua-dua dilihat mampu menjadi match winner untuk pasukan masing-masing.

Manakala dibarisan pertahanan juga tidak jauh membezakan antara kedua-duanya dengan Selangor hanya dibolosi dengan empat gol sementara Kelantan dengan enam jaringan. Namun dalam peringkat kumpulan Selangor tidak menghadapi saingan yang kuat berbanding Kelantan yang terpaksa bertarung dengan juara bertahan Negeri Sembilan sebelum mara ke suku akhir.

Berdasarkan kepada rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan Selangor dilihat memiliki kelebihan untuk mara. Namun jika Selangor gagal mencatat kemenangan malam nanti pertembungan kedua di Kota Bharu pasti menjadi lebih sengit.   

No comments: