Monday, October 11, 2010

NEGERI SEMBILAN YAKIN - PERLIS ENGGAN SILAP LANGKAH

JUARA bertahan Negeri Sembilan pasti akan turun dengan reputasi terbaik mereka dengan rekod tanpa kalah apabila melayan kunjungan Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Sudah pasti rekod pencapaian itu diharapkan mampu dibawa bersama sebagai bekalan terbaik apabila berkunjung dilaman lawan di Kangar dalam perlawanan kedua nanti.

Namun saingan skuad Singa Utara tidak boleh dipandang sepi oleh anak-anak buah Wan Jamak sehingga mereka terlalu yakin bahawa lawan mereka itu mudah diratah selepas dilihat dengan rekod pencapaian mereka dengan 3 kemenangan dan 3 kali tewas dalam peringkat kumpulan.

Bagi pengendali Perlis, Yunus Aliff pasti sudah mengatur strategi yang mampu menjerat skuad Rusa sekiranya mereka leka akibat terlalu ghairah menyerang. Namun Perlis harus berasa lega tanpa ketiadaan tonggak utama Zaquan yang menjalani pembedahan, tuan rumah dilihat begitu kurang selesa dengan ketiadaan ayam tambatannya itu.

Oleh itu Perlis perlu memantapkan barisan tengah mereka bagi mengekang pergerakan rangkaian Idris Karim, S. Kunalan, Rezal Zambry Yahya dan Abdul Halim Zainal yang menjadi asas kemaraan Negeri Sembilan berjaya mara ke suku akhir kali ini sekiranya ingin mencuri satu mata. 

Namun mereka perlu berdepan dengan kombinasi kental pertahanan Shukur Adan dan Aidil yang dilihat semakin mantap dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

1 comment:

SAM said...

Negeri Sembilan kena menang untuk bawa bekalan ke Perlis. Jadi menang 1-0 itulah bekalan yang perlu dibawa.