Wednesday, October 20, 2010

NEGERI SEMBILAN TUMBANG DI PAROI























SKUAD Negeri Sembilan pasti terasa ralat ekoran kegagalan mencipta kemenangan apabila beraksi di gelanggang sendiri lebih-lebih beraksi dihadapan ribuan penyokong kuat Hobin Jang Hobin di Stadium Paroi. Rentetan peluang yang hadir gagal di menfaatkan sebaik mungkin menjadi punca kegagalan untuk beraksi cemerlang malam tadi.








Terus terang saya katakan sebenarnya laluan Negeri Sembilan untuk ke final Piala Malaysia bagi edisi ke-63 musim ini adalah sangat mudah selepas mereka menjuarai peringkat kumpulan. Berbanding Terengganu, Selangor, Kedah dan Kelantan dimana laluan mereka tampak begitu perit dan sukar kerana antara keempat-empat pasukan itu hanya satu sahaja yang mampu untuk mara ke perlawanan akhir.

Namun reputasi Negeri Sembilan selaku juara bertahan agak sedikit tercalar ekoran rekod tanpa kalah mereka lebur dimana secara kebetulan perlawanan malam tadi merupakan perlawanan terakhir mereka di Paroi bagi kempen Liga Malaysia musim ini.


Dimanakah silapnya corak perlawanan mereka malam tadi sehingga jelas memperlihatkan pemain berada dalam keadaan yang kurang selesa dan sukar untuk mengatur serangan. Ini boleh dilihat dari beberapa sudut sejak dari sepak mula. 


Ini adalah pandangan ikhlas saya secara peribadi kerana Negeri Sembilan masih ada satu lagi perlawanan dan masih berpeluang untuk memperbaiki kelemahan menjelang pertemuan kedua di Pasir Gudang, Sabtu ini.


Pertama, barisan kesebelasan utama yang diturunkan iaitu penyerang Mohd Syafiq Abd Rahman. Pemain ini agak sudah lama tidak diturunkan. Sepatutnya penyerang muda Asyraf diberi peluang mengisi posisi itu memandangkan penyerang itu kerap diturunkan sebagai pemain gantian. Ini bertujuan bagi mengekalkan corak permainan Negeri Sembilan disebabkan  ketiadaan Idris Karim yang digantung satu perlawanan.


Jika barisan kesebelasan itu diturunkan sudah pasti Shuhairain Abu Samah akan bertindak seperti biasa disebelah kanan dan S. Kunalan disebelah kiri. Shuhairain jelas tampak sukar untuk bertindak selaku top striker.


Ketua pasukan NS Rezal tercedera
Kecederaan yang menimpa kapten pasukan Rezal Zambry Yahya ianya juga menimbulkan sedikit keraguan kerana rempuhan pihak lawan adalah tidak seberapa (jika anda tonton siaran secara langsung) dan pengadil tidak langsung mengeluarkan kad tetapi  mungkin Rezal dibelenggu kecederaan yang saya mungkin tidak ketahui. Pada ketika itu Negeri Sembilan sedang menguasai barisan tengah dan mula mengasak bertalu-talu ke kubu lawan. Ini sekaligus menjejaskan rentak permainan.


Kedudukan pemain tengah Ching Hong Aik pada babak kedua lebih tertumpu disebelah kanan walhal pemain itu lebih selesa bertindak disebelah kiri seperti pada babak pertama. Terutama selepas Shuhairain dikeluarkan kerana posisi yang cuba dimainkan beliau itu menjejaskan persembahan penyerang itu.


Semangat juang memang tidak dinafikan terutama pemain dibarisan pertahanan seperti Qayyum, Qhairul, Aidil dan Shukur Adan mereka jelas kelihatan sukar ditembusi sehingga Shukur mampu untuk naik ke atas membantu barisan serangan.


Bagi penjaga gol, Sani Anuar Kamsani beliau sudah berjaya menunjukkan prestasi yang menyakinkan dalam kempen Piala Malaysia setakat ini sehinggalah berlakunya kesilapan yang tidak sepatutnya beliau lakukan. Sekali gus merentapkan semangat rakan sepasukan dan corak permainannya sendiri.


Idris Karim
Kemungkinan kemasukan semula Idris Karim menjelang pertemuan kedua nanti mampu mengubah nasib penyandang juara kerana pihak lawan sudah pasti akan melakukan segala yang termampu oleh mereka kerana mereka sudah memasang impian untuk ke-final.


Walauapapun bagi Negeri Sembilan, mereka tiada punyai banyak pilihan kerana mereka perlu menyerang bagi mendapatkan gol awal untuk memulihkan semangat dan keyakinan kembali pada landasan asal mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya untuk mengulangi pencapaian musim lalu.


No comments: