Sunday, March 20, 2011

EMPAT PASUKAN LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA FA 2011


PAHANG muncul sebagai pasukan pertama layak ke separuh akhir Piala FA apabila berjaya mengenepikan cabaran Kuala Lumpur dengan jumlah aggreget 2-1 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan kedua.

Lawan Pahang diperingkat separuh akhir ialah Terengganu yang berjaya mengatasi Perak dengan aggreget 5-4 di Kuala Terengganu. Sementara itu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan pertembungan sengit yang membabitkan pasukan Selangor dan Kelantan yang berjaya mengatasi lawan masing-masing diperingkat suku-akhir.