Wednesday, January 26, 2011

FELDA UNITED SASAR EMPAT TERATAS LIGA SUPER

KUALA LUMPUR - Felda United meletakkan sasaran awal untuk menduduki kelompok empat teratas dalam saingan Liga Super musim ini.

Namun, langkah awal mereka dalam saingan Liga Super harus berhati-hati kerana 2011 adalah musim pertama mereka dalam saingan tertinggi bola sepak tempatan.

DATUK M. KARATHU DILANTIK SEBAGAI JURULATIH SKUAD KIJANG

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan segala spekulasi apabila melantik Datuk M Karathu selaku jurulatih baru skuad The Red Warriors bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia, musim ini. 

Pelantikan baru itu adalah untuk mengisi kekosongan ditinggalkan B Sathianathan yang terpaksa digugurkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mengekalkan hukuman asal enam bulan ke atas bekas pengendali skuad kebangsaan itu.


“Saya terlebih dulu memberitahu Sathia mengenai perkembangan ini kerana mahu jurulatih baru dapat bekerjasama dengannya. Saya membuat keputusan Karathu adalah calon sesuai dan sudah menghubungi bekas jurulatih Perak itu untuk hadir,” kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual dalam satu program bual bicara bola sepak Formasi terbitan Astro Arena, malam tadi.
Beliau juga berkata Karathu akan bertemu skuad negeri, hari ini dan difahamkan akan membimbing pasukan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. 

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010 terpaksa mencari jurulatih baru selepas Jawatankuasa Rayuan FAM mengekalkan hukuman penggantungan enam bulan ke atas Sathia gara-gara kesalahannya mengkritik jadual perlawanan Liga Super, tahun lalu. 

Karathu pernah bersama Kelantan selama semusim pada 1993.

KELANTAN DALAM BAHAYA

KELANTAN mungkin berdepan masalah tidak dibenarkan beraksi menentang Selangor pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

TIGA BEKAS PEMAIN KELANTAN BEBAS

TIGA bekas pemain Kelantan bebas. Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose serta bekas kapten Kuala Lumpur, Azidan Sarudin disahkan bebas untuk beraksi dengan pasukan baru pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Tuesday, January 18, 2011

GANDINGAN BARU SAFEE DAN FADZLI MANTAPKAN SELANGOR

HATRIK Piala Sumbangsih, kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia menjadi idaman skuad Selangor musim ini, dengan harapan utama disandarkan kepada penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Mohd Safee Sali dan gandingan barunya, Mohd Fadzli Saari. 


Pengendali Selangor, K Devan yakin gandingan Mohd Safee dan penjaring 18 gol untuk KL Plus musim lalu itu, mampu merealisasikan harapan Merah Kuning untuk mempertahankan dua kejuaraan serta mengembalikan kegemilangan Piala Malaysia.

Thursday, January 13, 2011

OLIMPIK 2012 JADI SASARAN

JIKA mahu menjadikan impian beraksi di Sukan Olimpik 2012 London suatu kenyataan, skuad Olimpik kebangsaan perlu melepasi laluan penuh ranjau pada pusingan kelayakan untuk muncul empat pasukan terbaik dari Asia.
Biarpun beban digalas cukup hebat, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak menganggap ia satu tekanan melampau buat dirinya kerana menyifatkan sasaran itu bukan mustahil untuk digapai.

BEKAS KETUA PASUKAN KEBANGSAAN - AIDIL SEDIA BERSAING

PERTARUNGAN untuk merebut kesebelasan utama Harimau Malaya kini bermula apabila ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal memanggil 24 pemain untuk menjalani sesi latihan pertama selepas menjulang Piala Suzuki AFF, Disember tahun lalu.

Sesi latihan bermula 2 Februari depan adalah persiapan awal bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Jun selain perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 9 Februari depan.

Thursday, January 6, 2011

FELDA UNITED GUNA KHIDMAT BEKAS PENJAGA GOL SELANGOR - KAREL STROMSIK

BEKAS penjaga gol import Selangor, Karel Stromsik kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011 apabila dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan Felda United. Stromsik, 52, bakal membantu ketua jurulatih Felda United, E. Elavarasan merencanakan cabaran pasukan berstatus kelab itu yang beraksi buat kali pertama di pentas Liga Super musim ini.