Bagi saingan peringkat suku akhir kedua malam nanti Kedah dilihat punyai kelebihan ke atas pasukan pelawat Terengganu. Dua jaringan gol bekalan selepas bertandang ditempat lawan ditambah bakal beraksi digelanggang sendiri jelas semuaya terjurus kepada skuad bimbingan Ahmad Yusof untuk mara ke separuh akhir.
Ketua jurulatih Kedah sudah pasti akan mengingatkan anak-anak buahnya supaya meneruskan rentak perjuangan sama seperti perlawanan ketika seri 2-2 dengan Terengganu. Cuma bezanya dalam perlawanan pertama pemain agak sedikit tertekan.
Katanya kelebihan yang ada perlu dipergunakan sebaik mungkin kerana saingan kali ini pemain sudah mengetahui dan menyedari apa yang mereka harus lakukan bagi menjamin tempat ke separuh akhir tetap dalam genggaman.
Sementara jurulatih Terengganu, Irfan Bakti mengetahui saingan malam nanti adalah suatu misi yang paling sukar buat Terengganu. Namun semangat juang anak-anak buahnya tidak perlu disangkal kerana mereka pernah melakukan sesuatu diluar dugaan ketika kempen peringkat kumpulan apabila mereka perlu memenangi kesemua baki tiga perlawanan dengan dua perlawanan ditempat lawan untuk melayakkan diri ke suku akhir.
Semangat juang itulah yang bakal menjadi sandaran skuad Penyu menjelang pertemuan malam nanti.
1 comment:
Misi sukar buat Terengganu untuk melakar kejutan dan tahniah buat Kedah...namun Kelantan bakal jadi penghalang perlu tingkatkan prestasi di separuh akhir nanti.
Post a Comment