Monday, August 9, 2010

JUARA LIGA SUPER BERENTAP DENGAN JUARA LIGA PERDANA 2010


SAINGAN dalam Kumpulan D Piala Malaysia pasti menarik apabila dua pasukan yang baru bergelar juara dalam Liga masing-masing Liga Super dan Liga
Perdana berentap.

Kedua-dua pasukan itu bakal di saing hebat oleh dua pasukan dari Liga Super iaitu pasukan T-Team dan Perlis. Sudah pasti pertembungan antara keempat pasukan bakal mencuri tumpuan.

Bagi jurulatih Selangor, K.Devan sudah pasti
akan merencanakan percaturan terbaik buat skuad bimbingannya bagi memburu Piala
Malaysia - piala yang masih belum mampu dimiliki oleh beliau setakat ini.

Sementara jurulatih Felda United, Elvarasan juga memasang niat yang sama untuk membawa pasukan bimbingannya mara ke peringkat yang lebih jauh.

T-Team dibawah bimbingan YM Che Ku Marzuki dan Yunus Alif Perlis bakal merangka strategi 
apabila berdepan dengan kedua-dua pasukan itu nanti.

1 comment:

Unknown said...

felda united boleh gi jauh