Tuesday, August 17, 2010

PENYERANG POS MALAYSIA G.PUANESWARAN JADI BURUAN DUA PASUKAN

PENYERANG sensasi POS Malaysia G. Puaneswaran kini menjadi rebutan dua buah pasukan yang bakal beraksi dalam pertandingan Piala Malaysia iaitu
juara bertahan Piala Malaysia 2009 Negeri Sembilan dan Juara Liga Perdana 2010 Felda United FC.

Namun kelibat penyerang itu tidak langsung kelihatan menjalani latihan ataupun dalam perlawanan persahabatan bersama dengan pasukan Negeri Sembilan. Desas desus kedengaran  penyerang itu telah memilih  untuk menyertai Felda FC United.

Bagaimanapun Negeri Sembilan dikatakan bakal mendapat khidmat penjaga gol utama Pos Malaysia, Mohd Jibrail Kamaron Bahrin untuk kempen Piala Malaysia musim ini.

No comments: