Wednesday, August 11, 2010

SIRI FOKUS PASUKAN PIALA MALAYSIA 2010 - KUMPULAN A KL PLUS FC

 

Berita Piala Malaysia rating




KL PLUS FC
Stadium Bolasepak KL Cheras






PENGENALAN
Kuala Lumpur PLUS FC atau dengan nama jolokan `Highway Warriors’  sekali lagi mengulangi pencapaian musim lalu untuk melayakkan diri ke kempen pertandingan Piala Malaysia. Kejayaan melayakkan diri ke peringkat suku-akhir pertandingan berprestij musim lalu adalah suatu kejayaan dan pencapaian besar buat pasukan yang berstatuskan kelab ini. Sekalung tahniah dari kami Berita Liga Malaysia (BLM) buat mereka kerana layak ke pertandingan Piala Malaysia kali ini.

Sememang pasukan Kelab PLUS FC wajar dihormati dan perlu diberi penghargaan terutama buat pihak pengurusannya  bersama majikan yang senantiasa memberi sokongan dan menjalin hubungan kerjasama yang begitu erat demi memajukan dan membangunkan sukan bolasepak dan memulihkan martabat dan maruah pasukan bertaraf kelab.

Harus diingat kehadiran PLUS FC didalam kancah bolasepak bermula sejak 2006 bukan sekadar  pasukan kelab bidang terjun tetapi kelab ini harus dijadikan contoh terutama buat pasukan-pasukan negeri bagaimana cara mentadbirkan sesebuah pasukan dari segi pengurusan dan menjaga kebajikan pemain-pemain secara professional tanpa menghadapi masalah sehingga menjejaskan imej disamping mewujudkan peluang pekerjaan kepada pemain-pemain bolasepak.

PRESTASI
Jika diimbas prestasi PLUS FC pada awal musim agak memberangsangkan sehingga mereka berjaya mara ke peringkat suku-akhir Piala FA apabila tumpas dengan aggreget 2-3 kepada Negeri Sembilan yang merupakan juara Piala FA musim ini.
.
Kedudukan menduduki tangga ke-10 Liga Super musim ini dengan mengumpul 30 mata dari 26 perlawanan hasil dari  8 kemenangan, seri  6 kali dan tewas 12 kali tentunya pencapaian itu sudah pasti kurang memuaskan. Namun segalanya itu mampu terubat sekiranya skuad kendalian Jurulatih berpengalaman seperti Mohd Zan Mat Aris mampu melakukan kejutan pada kempen Piala Malaysia kali ini.   

KELEMAHAN
Baik dari segi keberkesanan barisan penyerang yang mencipta sejumlah 29 jaringan perlu dipertingkatkan lagi ditambah dengan kekebalan benteng yang kelihatan begitu rapuh serta mudah dibolosi dengan 30 jaringan walapun dibarisi pemain pertahanan yang berkualiti ianya sesuatu yang wajar diteliti dan seharusnya segera diperbaiki sebelum bermula kempen Piala Malaysia nanti.

KL Plus FC yang diletakkan didalam Kumpulan A bersama dua bekas finalis Piala Malaysia musim lalu Negeri Sembilan dan Kelantan dilihat sebagai satu tugas sukar untuk menyingkir kedua-dua pasukan yang dianggap favourite untuk menempah dua tiket ke suku akhir. Berdasarkan kepada rekod pertemuan dalam Liga Super mereka tumpas kepada Kelantan dalam dua perlawanan (home/away) tetapi seri dengan Negeri Sembilan dalam kedua-dua perlawanan. Sementara peluang mereka apabila berdepan dengan sebuah lagi pasukan kelab Selangor PKNS adalah seimbang.

Pengurus Pasukan :  Husni Md Yusuf
Ketua Jurulatih        : Mohd Zan Mat Aris
Senarai Pemain:- : Penjaga Gol  -  Mohamad Faizal Abdul Rashid, Razi Effendi Suhit, Mohd Hafidz Romly
Pertahanan   -  Mohd Zaidi Ahmad, Ramesh Lai Ban Huat, Norhafiz Zamani Misbah, Azru Azmi, Es Lizuan Zahid
                           Amir, Mohamad Abd Aziz Ismail, Irwan Fadzli Idrus
Tengah          -  Sanjos Sundawat, Reeshafiq Alwi, Mohd Lot Abu Hassan, Sumindran Subramaniam, Muhamad Ibnu
                           Kassim, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Mohd Fadzli Shaari, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri
Penyerang    -  Mohd Nizaruddin Yusof, Rusydee Samsuddin, Muhamad Badrul Hisani Abd Rahman, Azi Shahril Azni

Pemain tumpuan -  Norhafiz Zamani Misbah, Fadzli Shaari 






1 comment:

Unknown said...

Nizarudin yusof boleh buat kejutan......mendapat sentuhan semula.....