Monday, November 29, 2010

AKMAL RIZAL KINI SAH MILIK PERAK

AKMAL Rizal Ahmad Rakhli yang baru menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan, berkata keputusannya menyertai Perak bagi musim 2011 adalah untuk kembali bersama dengan bekas jurulatihnya, Norizan Bakar. 


“Saya pernah menjalani latihan dibawah kendalian jurulatih berpengalaman Cikgu Jan (Norizan) sejak berumur 14 tahun. Dibawah bimbingan jurulatih itu nanti saya yakin beliau  mampu untuk meningkatkan dan mengembailkan   prestasi saya apabila bersama dengan pasukan Perak kali ini,” katanya.

Akmal Rizal berkata dengan barisan pemain muda yang ada  skuad Perak mampu bermain lebih cemerlang bawah tunjuk ajar Cikgu Jan. 

Menurut pemain berusia 29 tahun dia kini cukup sedia untuk menggalas cabaran Perak musim ini. "Saya akan bekerja keras untuk mengembalikan kegemilangan Perak dalam Liga Super 2011 nanti. Saya melihat barisan pemain muda yang digandingkan dalam skuad Seladang kali ini mampu untuk menghadapi cabaran itu," katanya.


Walaupun Perak dalam buruan awalnya telah berjaya memikat bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan ketua pasukan Kedah, Shahrulnizam Mustapa menyarung jersi skuad Seladang musim depan. Namun mereka masih lagi dalam usaha memburu dua lagi pemain ternama untuk disenaraikan dalam skuad bola sepak Liga Super negeri itu.

Bagaimana pun Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika ditanya enggan menyatakan identiti pemain terbabit. Katanya, pihak pengurusan PAFA sedang dalam proses mengatur perbincangan untuk mendapatkan khidmat pemain-pemain itu.

"Namun segalanya bergantung dengan mengambil kira kedudukan kewangan PAFA samada mampu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan sebelum tamat tempoh pendaftaran pemain pada penghujung Disember nanti," katanya 

Selain dari itu, beliau turut melahirkan rasa yakin dengan kemampuan barisan pemain Perak yang diketengahkan kali ini dan percaya skuad Seladang mampu untuk muncul antara lima pasukan terbaik dalam Liga Super.


Sementara itu PAFA juga turut melancarkan dua jenis tiket bermusim bernilai RM100 bagi tempat duduk tidak berbumbung dan RM150 bagi tempat duduk berbumbung khusus kepada peminat bola sepak negeri itu. Dengan membeli tiket bermusim itu nanti mereka boleh menyaksikan semua 25 perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak dan tiket tersebut boleh diperoleh di pejabat PAFA.

Pada majlis itu juga turut diadakan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penajaan jersi baru Perak jenama Specs bernilai RM300,000 antara kerajaan negeri diwakili Zainol Fadzi dengan PT Panatrade Carawa (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arif P. Wirawan) yang diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Perak di sini, semalam.

No comments: