Norizan jurulatih baru Perak
IPOH - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) semalam mengumumkan pelantikan bekas jurulatih bolasepak negara, Norizan Bakar sebagai ketua jurulatih skuad negeri itu bagi menggalas saingan Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim 2011/2012.
Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, Norizan akan dibantu penolong jurulatih, Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.
"Jawatankuasa menyifatkan Norizan, 49, yang pernah membimbing skuad Perlis, Pulau Pinang, skuad kebangsaan Bawah 23 dan Kelantan, adalah calon terbaik untuk melakar kecemerlangan skuad Seladang musim depan," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, jawatankuasa eksekutif turut melantik bendahari Pafa, Khairul Azwan Harun sebagai pengurus pasukan.Khairul Azwan akan dibantu dua bekas pemain negeri selaku penolong pengurus iaitu Isham Sharuddin dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian.
Mengenai barisan pemain yang bakal menyarung jersi skuad itu pada musim depan, Zainol yang juga Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri berkata, perkara tersebut akan diputuskan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.
Beliau berkata, Pafa akan berbincang dengan pemain musim lalu yang masih mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini. Norizan menggantikan Raja Azlan Raja Shoib yang sebelum ini mengambil alih daripada Datuk M. Karathu.
No comments:
Post a Comment