PENYERANG skuad nasional Indonesia, Bambang Pamungkas menjanjikan aksi yang terbaik dirinya menjelang Kejohanan Piala AFF 2010 yang akan membuka tirai esok.
Bekas penyerang Selangor yang turut disenaraikan dalam skuad Indonesia dalam kejohanan kali ini melahirkan hajat besar beliau untuk membantu skuad negaranya membawa pulang Piala AFF sebelum beliau mengundurkan diri dari skuad itu.
"Ini adalah peluang terakhir saya selepas beraksi dalam Kejohanan sebanyak lima kali sebelum saya mengundurkan diri dari menyertai pasukan nasional.
"Dengan kelebihan bermain dihadapan penyokong sendiri. Ini adalah merupakan peluang terbaik buat Indonesia menjuarai Piala AFF kali ini selepas hampir 11 tahun menyarung jersi skuad Merah Putih.
"Andai kami gagal sayalah orang yang pertama yang paling kecewa," kata Bambang yang juga dikenali nama Bepe dikalangan peminat bolasepak negara itu.
Penyerang itu yang sudah menjangkau usia 30 tahun yakin dengan tindakan berani jurulatih Alfred Reidl memberi kepercayaan kepada gandingan pemain muda digandingan dengan barisan yang sedia ada menjadikan skuad ini lebih mantap.
Namun penyerang yang mewakili Kelab Persija Jakarta dalam Liga Super Indonesia itu tidak menolak kemungkinan persiapan skuad ini kali ini agak singkat dari segi latihan pusat dan perlawanan ujian begitu terhad berbanding dengan pasukan negara lain.
"Saya akui, persiapan skuad kali ini sememangnya agak miinima tetapi itu bukan menjadi faktor penentu utama kejayaan sesebuah pasukan kerana bolasepak adalah sukar diramal," katanya.
Sementara itu pengurus pasukan Andi Darussalam Tabussala turut menyuarakan nada yang serupa disamping tetap menaruh harapan yang tinggi untuk menjuarai Kejohanan kali ini.
Katanya dengan kelebihan beraksi dilaman sendiri serta dengan sokongan padu seluruh penyokong pasukan nasional negara itu dilihat sebagai peluang terbaik bagi menamatkan kemarau penantian itu.
Dalam Kejohanan kali ini Indonesia diletakkan didalam Kumpulan A bersama dengan bersama Malaysia, Laos dan Thailand. Dalam perlawanan pembukaan esok Indonesia akan bertemu Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Senayan.
No comments:
Post a Comment