Monday, November 29, 2010

ATM SASAR BERAKSI DALAM LIGA SUPER 2012

Zahid sasar Liga Super musim depan
KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberi amaran agar menampilkan disiplin pada tahap tertinggi pada saingan Liga Perdana musim depan, atau disingkirkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak mahu masalah disiplin seperti ponteng latihan dan tidak serius dalam perlawanan, seperti yang berlaku musim lalu berulang kembali.

"Harapan yang tinggi harus diterjemah dengan komitmen yang tinggi dan jangan sesekali saudara (pemain dan pegawai) berada dalam situasi selesa, pastikan disiplin berada pada tahap tertinggi.
"Saya kecewa dengan prestasi pasukan ini pada musim lalu. Maruah saya tercalar apabila ada pemain tidak serius, tidak datang latihan malah ada yang mempunyai agenda sendiri sehingga kita kalah besar," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan majlis menandatangani kontrak 30 pemain pasukan ATM bagi musim 2011 di sini, semalam. Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin yang juga Presiden Pasukan Bola Sepak ATM.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, sasaran ATM pada saingan musim depan ialah muncul juara Liga Perdana bagi membolehkan pasukan itu bersaing dalam Liga Super untuk tahun berikutnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis tersebut, beliau berkata, kata duanya berkenaan bukan tekanan kepada para pemain, sebaliknya merupakan motivasi untuk menampilkan prestasi yang lebih cemerlang.
"Kalau rasa tidak menampilkan prestasi yang baik, maka ia jadi tekananlah tetapi kalau mereka semua menunjukkan prestasi yang baik, saya fikir ia adalah suatu motivasi," jelasnya.

No comments: