
Dua tahun lalu PSSI menyediakan bonus Rp1,5 Miliar untuk juara namun skuad bimbingan jurulatih Markus Horison sekadar mara keperingkat separuh akhir selepas tumpas dengan Thailand dengan agreget 3-1.
Tahun ini, PSSI kembali menjanjikan bonus yang lebih lumayan. Sekiranya berjaya mara ke final skuad itu akan menerima bonus Rp2,5 Miliar (RM9,000.00). Andainya mereka berjaya menjuarai Piala AAF kali ini mereka akan menerima tambahan Rp3 Miliar (RM10,800).
Rangsangan bonus telah diputuskan selepas mesyuarat EXCO PSSI di Hotel Sultan, kelmarin.
"Sudah tentu bonus ini bukan segala-galanya," kata Ketua Umum PSSI, Nurdin Halid kepada wartawan.
"Bonus ini adalah bentuk perhargaan PSSI terhadap usaha kerja keras skuad ini menjalani persiapan sejak Mei lalu.
"Adalah diharapkan semoga jumlah ini mampu memotivasi pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang sehingga berjaya mencapai matlamat yang sasarkan itu, " jelas Nurdin.
No comments:
Post a Comment