Friday, October 15, 2010

PAHANG TEKAD - JOHOR FC INTAI PELUANG

BAGI pengendali Pahang, Dollah Salleh semuanya kini terserah pada bahu pemain samada mereka ingin mara ke separuh akhir. Keputusan 0-1 ketika bertandang ditempat lawan perlu dilupakan dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan nanti.


Pahang perlukan jaringan awal sekiranya ingin bersaing bagi mengikat perlawanan. Namun mereka tidak boleh terlalu ghairah menyerang sehingga lupa mengawasi benteng pertahanan bagi mencapai matlamat itu. Johor FC sudah pasti mengintai peluang untuk mencari gol bagi menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah.

Pasukan pelawat sudah pasti akan turun habis-habisan bagi tidak melepaskan peluang untuk mara ke separuh akhir.Bagi Johor FC tumpas 2-1 masih memberi kelebihan buat mereka dengan jaringan gol ditempat lawan.

1 comment:

SAM said...

Sebenarnya Pahang boleh melakukan dalam perlawanan malam tadi..tetapi apabila Johor FC mendapat satu gol ditempat lawan ianya menjadi sukar..namun mereka kembali berpeluang selepas mendahului 2-1 tetapi sudah kesuntukan masa.Tahniah Johor FC dan Azuan Zain and co. berjaya mara ke separuh akhir.