Monday, October 11, 2010

JOHOR FC TIDAK RELA KECUNDANG - PAHANG ENGGAN PULANG KOSONG


Pengendali Johor FC Azuan Zain sudah pasti menyimpan hajat besar terhadap skuad bimbingannya untuk mencipta sejarah melangkah ke separuh akhir sekaligus memulihkan maruah bolasepak negeri Johor yang semakin tercalar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun tugas berat menanti Johor FC kerana skuad itu bakal berdepan dengan bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri itu dan merupakan antara barisan pengendali yang terbaik selepas berjaya merangkul pelbagai kejuaraan bersama kelab MPPJ dan Selangor.

Begitu juga dengan senario bolasepak negeri Pahang yang sebelum ini turut merudum dan kelibat peningkatan hanya mula teserlah dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia dan layak ke suku akhir. 

Secara peribadi kedua-dua pasukan tidak memiliki ramai pemain berpengalaman dan kebanyakan mereka adalah terdiri dari pemain muda. Harus diingat kepercayaan kedua-dua jurulatih terhadap keupayaan anak-anak buah masing-masing berjaya membuahkan hasil sehingga berjaya ke peringkat suku akhir.

Layak ke separuh akhir sudah pasti hadiah bonus terbaik buat mereka namun hanya sebuah pasukan sahaja yang mampu berbuat demikian. Tiada banyak perbezaan boleh dirungkai antara kedua-dua pasukan baik dari segi barisan serangan dan pertahanan.

Beberapa pemain muda sudah mula mencipta nama seperti penyerang Fauzi Roslan, Fadzli Baharuddin dan Hasmizan Kamaruddin untuk Pahang sementara Johor FC pula dengan Azizan Baba dan penjaga gol Mohd Anis Faron.

Perlawanan malam nanti ada sedikit kelebihan buat pasukan tuan rumah namun Pahang mampu melakukan kejutan. Apapun tahniah buat Azuan biarlah diberi tanggungjawab dalam tempoh yang singkat sanggup memikul cabaran sehingga berjaya membawa Johor FC ke suku akhir. Siapa sangka Johor FC akan ke final. 

No comments: