Friday, October 15, 2010

PERLIS SEDIA GEMPUR - NEGERI SEMBILAN INGIN TERUS MARA

BAGI pasukan Singa Utara mereka sudah pasti enggan menyerah kalah lebih-lebih lagi apabila bermain dihadapan penyokong mereka sendiri. Biarpun mereka tewas 0-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di Paroi. Itu bukan bermakna mereka sudah tidak berpeluang mara ke separuh akhir.


Jurulatih Perlis, Yunus Aliff perlawanan tempoh hari adalah babak pertama dan menjelang pertemuan malam nanti itu adalah perlawanan sebenarnya. Dengan perlawanan masih berbaki 90 minit pelbagai keputusan boleh berlaku tiada yang mustahil dalam bolasepak.

Untuk tujuan itu sandaran berat bakal dipikul oleh jentera serangan Perlis terutama dibahu penyerang kebangsaan Mohd Fakri untuk membantu Perlis berdepan dengan juara bertahan itu. Biarpun dalam perlawanan suku akhir pertama Fakri mengalami sedikit kecederaan namun penyerang itu enggan melepaskan peluang beraksi.

Jurulatih Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan pasti sudah memasang strategi bagi menghadapi asakan bertali arus Perlis. Beliau sudah menjangkakan pasukan tuan rumah akan menyerang untuk mencari gol penting perlawanan bagi mengikat kedudukan sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan.

Menyedari situasi itu skuad bimbinganya perlu bekerja dengan lebih keras menangani asakan  tuan rumah dan beliau beryakinan penuh dengan benteng pertahanan yang dikemudikan pemain berpengalaman Shukur Adan dan ketua pasukan skuad kebangsaan Aidil Abd Razak mampu menyekat dan menangkis setiap asakan pasukan lawan. 

Beliau juga berharap pemain-pemain Negeri Sembilan bijak merebut peluang untuk melakukan serang balas bagi memerangkap Perlis.

1 comment:

SAM said...

Seperti yang dinyatakan NS bijak merebut peluang untuk melakukan serang balas lantas berjaya memerangkap Perlis.