Monday, October 11, 2010

TERENGGANU INGIN MARA - KEDAH WASPADA

Terengganu sudah pasti akan turun dengan berbekal semangat yang tinggi selepas mengharungi tiga perlawanan pusingan kedua dengan cemerlang. Tiga kemenangan berturut-turut anak-anak buah Irfan Bakti berjaya mengungguli Kumpulan B selepas berada dikedudukan tangga paling bawah pada pusingan pertama peringkat kumpulan. 

Jadi disini boleh dirumuskan bahawa kebangkitan skuad Penyu sudah pasti menjadi suatu tamparan hebat buat Kedah dimana menjelang pertemuan malam nanti mereka perlu berhati-hati dan tidak melakukan sebarang kesilapan yang akan membawa padah sekaligus menjejaskan peluang mereka untuk ke separuh akhir.

Harus juga diingat selepas dua kemenangan ditempat lawan Terengganu sudah tentu ingin meraikan kemenangan mereka dilaman sendiri khusus dihadapan penyokong mereka dan ini merupakan berita burok buat skuad Kenari.

Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti mengingatkan anak-anak buahnya usaha dan semangat juang yang tinggi diterapkan sebelum ini sehingga misi yang dianggap sukar berjaya dilakukan akan menjadi sia-sia sekiranya mereka tidak mengambil peluang.  

Namun begitu pengendali pasukan Kedah, Ahmad Yusoff sudah tentu bakal membuat percaturan dengan menurunkan barisan terbaiknya apabila berkunjung ke Kuala Terengganu. Sekiranya Kedah berjaya mengikat  Terengganu malam nanti pasti peluang ke separuh akhir mereka agak cerah.

No comments: